SEMUGA HUBUNGAN MALAYSIA DAN INDONESIA TETAP MANTAP
SUSULAN INSIDEN PEMBANTU RUMAH INDONESIA
SUSULAN INSIDEN PEMBANTU RUMAH INDONESIA
KES DI MALAYSIA
KUALA LUMPUR - Video kejam dan zalim yang dilakukan oleh Tenaga Pekerja Wanita Indonesia (TKWI) telah dirakam melalui cctv majikannya kemarin.Video ini juga telah disiarkan oleh Berita Perdana Tv3 malam ini.Rakyat Malaysia keseluruhannya merasa sedih dan marah sikap dan perbuatan wanita Indonesia yang diberi kepercayaan menjaga bayi tersebut.Majikannya adalah daripada bangsa Melayu dan sudah pun membuat laporan polis.
Salam sejahtera, semakin hari semakin banyak kes penderaan bayi berlaku. Malahan, bukan pembantu rumah (amah) saja yang melakukannya tetapi ibubapa sendiri pun semakin ramai yang jahil mendera anak kandung sendiri yang tidak berdosa. Terlalu stress kah hidup tu sampai anak jadi tempat melepaskan geram? Berita ini dilaporkan semalam, sesiapa yang ada menonton berita utama TV3 tu mungkin dah tahu pasal kes dera terbaru ni. Saya memang tak tengok, saya dah bosan tengok berita TV disebabkan berita 'politik' yang memuakkan dan membosankan saya.
Pasangan bekerjaya mungkin akan
menjadi mangsa keadaan seperti ini, mujurlah pasangan ini ada memasang
CCTV di rumahnya kalau tidak, apalah nasib anak kecil ini? menonton
video pendek di youtube tadi, terasa geram dengan tindakan pembantu
rumah yang melambung-lambungkan, menterbalikkan badan anak tu...ish!
sakit mental agaknya perempuan ni..
Keluarga lain yang ingin menggaji pembantu rumah tu, rasanya memasang
CCTV adalah cara terbaik memantau keadaan dirumah. Ada ramai yang
mempunyai pembantu rumah, tetapi yang kejam macam ni mungkin cuma
beberapa orang saja.
Carilah pembantu rumah yang baik. Cadangan saya disini, pihak yang
bertanggungjawab haruslah menjalankan tapisan keselamatan dan kesihatan
kepada pekerja yang diambil dari mana-mana negara sebelum diambil
bekerja. Ianya penting untuk mengetahui tahap kesihatan mental dan
asal-usul mereka. Dari http://busuk.org/ping/view/457383
KES DI SINGAPORE
Bengang dengan tindakan pembantu rumah yang tidak mengenang budi dan jangan harap mereka akan mengenang budi pun. Rasanya topik ni dah ada tetapi selepas 24 pages tak jumpa pula.
Begini ceritanya ( cuma untuk menenangkan hati),
Saya telah mengambil maid Indonesia sejak 4 tahun lepas. Khidmatnya memuaskan sebab saya tak harapkan dia melakukan sesuatu yang magic untuk kami. Cukup jaga anak-anak saya dengan baik dan mengemas sikit sikit.Memandangkan budi bahasa, kejujuran dan keikhlasan dia bekerja, macam-macam hadiah yang saya berikan. Kelengkapan pakaian luar dalam semua saya sediakan.
Tidak sesekali saya burukkan dia sebab dia memang baik. Cuma adalah sesekali saya marah sebab dia suka bercerita tentang perkara yang tak baik dan tak betul tentang saya pada jiran-jiran dan sesiapa saja yang dia jumpa kerana fitrah semulajadinya dia memang peramah. Kalau benda betul, saya tak kisah kerana sifat manusia ni berbagai-bagai.
Pada hari raya ke7 yang lepas, kami benarkan dia balik bercuti. Kononnya, kita baik hati, belum habis kantrak 2 tahun, tak apalah, boleh balik sebab dia pun ada keluarga disana. Kami membeli tiket pergi balik dan jangkanya dia kembali pada 7 December.

Saya telah siap mengambil cuti dan bercadang membuat sedikit makan-makan meraikan kepulangannya. Jemputan pun sudah dibuat.Dengan rasa seronok, (maklumlah maid yang tersayang akan balik ni), saya maklumkan pada semua kawan-kawan yang maid saya akan balik pada tarikh tersebut.
Tetapi pada pukul 3 petang, 6 december, dia called my anak kat rumah menyatakan dia tak boleh balik kerana nak jaga cucu yang bakal dilahirkan. Untuk pengetahuan, umurnya sekarang 47 tahun tapi masih kuat. Kami pun tak kisah dan terus menghubungi agen untuk mengambil maid baru.
Pada 7 hb December, pagi, saya telah meghubungi seorang kakak, jiran saya memaklumkan bahawa maid saya tak balik sebab nak jaga cucu. Oleh sebab kakak ni berpengalaman dalam soal pembantu rumah ni, dia tidak percaya maid saya tak datang kerana menjaga cucu. Kata dia mereka akan datang juga kerana mereka memang perlukan wang.
Oleh sebab saya ni naif dan mudah percayakan orang, saya dikelentong hidup-hidup oleh maid saya kerana selepas kakak tersebut memberitahu perkara itu, saya pun terus memberitahu suami, idea kakak tersebut. Kebetulan suami saya bekerja dengan segala kemudahan.
Kami trace nama dia dengan airport dan didapati dia memang masuk ke Malaysia dengan penerbangan dan tiket kami tempohari. Penerbangan ke Pulau Pinang dibatalkan dan cuma landed di KL. Dia tak tahu tindakannya bukan tindakan orang yang cerdik kerana kami mengambil dia terus dari Indonesia tanpa menggunakan ejen. Permitnya akan habis pada bulan Mac tahun depan. Permitnya dalah permit pembantu rumah dan nama majikan adalah nama kami.
Hari ini kami akan ke Imegresen untuk mendapatkan nasihat mereka sebelum kami mengambil maid baru. Saya sudah tawar hati dengannya walaupun selama ini dia memang baik nampaknya.
Untuk pengajaran pada saya, jangan terlalu baik dengan maid hinggakan mereka menganggap diri mereka sebahagian kita. Susah bila dapat maid yang tak mengenang budi.tak perlu saya ungkitkan apa yang saya beri pada dia kerana dia tak minta semua tu, saya yang berikan. Habis beribu-ribu juga untuk dia. Tak apalah, mungkin ada hikmah semua itu berlaku. Cuma nak menenangkan hati dan perasaan sendiri. Kebaikan yang kita beri balasan begini yang didapati. sekarang buat baik belum tentu dibalas baik.
Nama pembantu rumah saya tu NGATINEM SOEKOPI. Dari Sumatera tengah, Jogjakarta.
* Mesej ini telah disunting oleh zettyhani pada 08hb Disember 2005, 06:31:01 pagi.. dari http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=13567
KES DI SAUDI ARABIA
Amah penggal anak majikan myMetro
YANBU: Seorang pembantu
rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun
dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam.
Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek.
Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh diri dengan meminum peluntur.
Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan tetapi dikatakan masih trauma dengan pembunuhan anaknya. Dia pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya dengan kepala terkulai di atas katil selepas pulang daripada mengajar.
Si ibu, guru yang mengajar di sebuah sekolah di Yanbu, Bandar Pelabuhan Laut Merah dalam wilayah Madinah di barat Arab Saudi, tidak sangka melihat anaknya kali terakhir sebelum meninggalkan rumah untuk mengajar pada hari kejadian. Dia dikatakan mempercayai pembantu rumah itu dan melayaninya dengan baik.
Amah dari Indonesia itu yang namanya tidak disiarkan media Arab Saudi sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikatakan cekap dalam melakukan kerja rumah.
“Tingkah laku dan sikapnya amat memuaskan dan dipuji oleh sanak saudara, rakan serta jiran majikan. Dia sepatutnya pulang ke Indonesia minggu depan,” kata anak saudara mangsa.
Polis berkata,pembunuhan kanak-kanak itu terbongkar apabila ibu mangsa bersama anaknya yang lain. Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuka pintu yang diselak dari dalam. Pembantu rumah itu enggan membuka pintu selepas diminta oleh majikannya, sebaliknya mengancam membunuh si anak yang di bawah jagaannya.
Ibu mangsa yang ketakutan menelefon suaminya. Si suami kemudian melaporkan kepada polis sebelum bergegas pulang.Polis yang
memecahkan pintu rumah berkenaan, menemui amah itu, duduk menonton
televisyen. Tetapi anak sulung keluarga itu, Yara, meluru ke kamar tidur
dan melihat mayat adiknya berlumuran darah dengan kepala terkulai.
Akhbar Al-Madinah memetik seorang anggota keluarga mangsa sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan marah dan kecewa selepas menerima mesej menerusi sistem khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya, sehari sebelum kejadian dari http://idahsalam.blogspot.com/2012/09/amah-penggal-anak-majikan.html